Wednesday 5 September 2012

percintaan biase..


Percintaan yang tidak di duga akan datang dengan sekejap sahaja..hanya dengan sekali pertemuan dan bermula lah satu perjalanan dua hati untuk bersatu menjadi cinta sejati..
Perasaan cinta ini tidak boleh di paksa oleh dalaman dan juga dari luaran..kalau di ikutkan..bercinta lah mengikut kehendak hati..siapakah teman yang sentiasa ada di sisi untuk bersama-sama menempuh liku-liku kehidupan..
Begitu mudah untuk kita menyanyangi seseorang dan mencintai seseorang..tetapi amatlah sukar untuk melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati..terutama sekali yang sudah sekian lama mengaharungi segala pahit manis bersama..
Jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya ditangan Allah..Dia yang menentukan segalanya..jika dialah yang telah tertulis dalam riwayat hidup..maka sesukar mana pun untuk mendapatkannya..sudah pasti dan yakin dia akan menjadi milik kita juga akhirnya..
Soal hati memang sukar untuk di jelaskan dari segi bahasa dan juga kata-kata..tetapi kita akan dapat merasakannya dengan perbuatannya terhadap diri kita dengan satu pengorbanan dan juga kebaikkan yang dilakukan untuk membahagiakan kita..
Pergaduhan memang akan terjadi pada setiap pasangan yang bercinta..dengan bermulanya pergaduhan akan terjalinlah satu proses pujuk-memujuk..di situ akan bermula satu adegan yang tidak akan dilupakan..contohnya si dia akan menyanyikan sebuah lagu walaupun suaranya tidak sedap..sengau..kita akan teringat kembali saat-saat begitu apabila kita merindui seseorang itu..
Rindu merindui adalah satu perkara yang biasa akan terjadi kepada setiap pasangan..mulalah akan terbayang-bayang wajahnya..baunya..senyumannya..gelak ketawanya..teletahnya melayan kita..semuanya akan menjadi satu igauan yang menjadikan kita seperti orang gila bayang..
 Tapi apabila berjumpa satu patah perkataan pun tidak terluah untuk mengatakan perasaan rindu..masing-masing hanya bermain balas-balas senyuman dan satu perbualan yang mengajak untuk bermesra..
Kemesraan antara pasangan bercinta amatlah penting untuk mengekalkan hubungan cinta itu terjalin dengan bahagia..ada kalanya kita tidak selesa dengan kemesraan yang di berikan kepada pasangan..tetapi kita juga haruslah berfikir secara positif tentangnya..
Suasana yang tenang dan indah juga merupakan keadaan yang cukup sempurna untuk melahirkan perasaan mesra pasangan kita..pada saat tersebut akan ada perasaan ingin di belai..dimanja..
Untuk bermanja dengan pasangan anda..tidak perlulah menjadi terlalu manja kerana akan membuatkan pasangan anda menjadi tidak selesa dan akan merasa menyampah dengan kelakuan anda..manja dengan keadaan yang matang..bukan seperti bayi yang merengek diminta untuk di dukung..
Cemburu juga satu isu yang sering menjadi punca satu pergaduhan antara pasangan..tidak kiralah bermula dari pihak perempuan ataupun dari pihak lelaki..biasanya cemburu dari pihak perempuan adalah biasa kerana dia ingin di pujuk dan diminta untuk di berikan perhatian yang lebih kepadanya..
Tetapi cemburu dari pihak lelaki adalah yang paling dasyat kerana lelaki biasanya akan menunjukan rasa cemburu yang sangat kuat dan amatlah sukar untuk di pujuk..jika dibandingkan dengan perempuan..cukuplah dengan hadiah dan juga ucapan-ucapan yang manis..pasti satu senyuman yang terukir di bibirnya..sampai ke telinga senyumannya itu..
Sebenarnya setiap hubungan yang terjalin mestilah ada satu kepercayaan yang kuat terhadap pasangan anda..kerana itu adalah satu kunci kebahagian kepada satu perhubungan..kepercayaan dan keyakinan..haruslah ada terhadap kedua-dua pihak..
Kesetiaan..sudah pasti ramai yang akan mengatakan lelaki yang sering berlaku curang terhadap pasangan..tapi cuba fikirkan kembali..jika lelaki itu berlaku curang..yang manakah akan dia lebih sayang untuk dijadikan isteri..sudah pasti kekasihnya yang dicuranginya itu..bukan perempuan yang bersama-samanya berlaku curang itu..
Tetapi jika perempuan berlaku curang..sudah pasti dia akan memilih lelaki yang dia bersama-sama itu..dan jika dia sudah putus dengannya pasti dan yakin perempuan itu akan mencari lelaki yang dia pernah tinggalkan dulu semata-mata untuk pergi bersama-sama dengan lelaki pilihan keduanya itu..
Kesetiaan seorang lelaki adalah yang paling kuat berbanding perempuan kerana pendirian seorang lelaki adalah tetap..walaupun nampak seperti dia tidak serius dengan apa yang dibincangkan..sebenarnya dia akan memikirkannya secara lebih serius di belakang kita..
Hati seorang perempuan sangat mudah untuk berubah..dengan datangnya seorang lelaki yang mengambil berat lebih daripada kekasihnya..dia akan tinggalkan kekasihnya untuk bersama dengan lelaki yang kononnya mampu memberi kebahagian kepadanya..
Air mata seorang perempuan adalah satu senjata untuk memujuk hati seorang lelaki dan ianya juga mungkin adalah air mata palsu..tapi air mata seorang lelaki yakin pasti adalah yang benar dari hati mereka..kerana mereka akan mengeluarkan air matanya hanya untuk orang yang mereka benar-benar sayang..
Jadi amatlah beruntung jika mendapatkan seorang lelaki yang setia..jadi..setialah pada mereka..kerana itu saja yang paling di harapkan oleh setiap lelaki di muka bumi ini...

No comments:

Post a Comment